Kami di Garrison Packs ada menyediakan khidmat membaiki backpack kesayangan anda. Baru-baru ini, kami diberi kepercayaan untuk membaiki beg galas Karrimor Jaguar XS60. Karrimor Jaguar ini milik saudara Fazlin yang jelas amat menghargai beg yang bereputasi dan berkualiti tinggi ini. Label beg mencatatkan tahun buatan 1992 di United Kingdom. Beg berusia lebih 20 tahun ini masih dalam keadaan yang baik walaupun terdapat beberapa kerosakan, terutamanya pada komponen plastik.
Garrison Packs menawarkan perkhidmatan membaik pulih, mengubah suai ataupun tempah khas beg. Kami menggunakan komponen bermutu tinggi yang kebanyakannya dikategorikan sebagai ‘spesifikasi tentera’ (military specs). Beberapa komponen plastic yang telah lusuh pada beg Karrimor in kami ubah suai dan modifikasi agar fungsi asal komponen berkenaan masih dapat berfungsi.
Bahagian tali pinggang beg Karrimor ini juga ada mengalami kerosakan pada komponen plastiknya. Bagi kami, ini adalah sesuatu yang biasa terutamanya pada komponen plastik pada beg-beng yang berusia lebih 10 tahun. Mesin-mesin jahit yang kami miliki di Garrison Packs dibuat khas untuk melakukan jahitan yang mantap dan mampu menembusi ketebalan yang biasanya tidak dapat dilakukan oleh mesin jahit biasa.
Kami berharap saudara Fazlin berpuas hati dengan hasil kerja kami. Semoga beg citaan ramai beliau ini dapat kembali beraksi berjasa kepada tuannya.
Ikuti perkembangan baru kami di Garrison Packs Facebook, blog kami atau hubungi kami menerusi laman Contact Us sekiranya anda ingin mengetahu dengan lebih lanjut perkhidmatan kami membaik pulih, mengubah suai ataupun menjahit bag baru mengikut cita rasa anda.
Terima kasih!